Ads Top

Main Ad

Muat Naik Kenangan Anak Pertama, Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa

Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri. Malah, Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak-anak membenci bapa kandung mereka walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang tercetus.

BACA: “Memang Ikut Pak Dia..” Rayyan Suka Mi Goreng, Rita Rudaini Nafi Masih Tak ‘Move On’

Advertisement

Terbaru, Rita Rudaini menarik perhatian pengikut apabila memuat naik ucapan penuh syahdu sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak sulung, Airit Rayyan Rizqin. Bersama ucapan tersebut, Rita Rudaini memuat naik video kenangan memaparkan Rayyan sewaktu kecil sehinggalah meningkat usia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Cinta pertama kami… Permata pertama kami… Syurga kami… Sampai bila-bila.. Doa mommy, semoga AIRIT RAYYAN RIZQIN menjadi anak yang baik akhlaknya, bertanggungjawab, anak yang soleh yang selalu mendoakan mommy dan daddy di setiap sujudmu…

Selamat Hari Lahir AIRIT RAYYAN RIZQIN

Advertisement

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan memuji kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu. Mereka turut mendoakan agar anak sulung pelakon ini menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada dua ibu bapanya kelak.

bekas suami rita rudaini

anak rita rudaini

Ada segelintir berkongsi rasa sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapa walaupun tempohnya tidak lama. Apa-apa pun, Happy birthday Rayyan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muat Naik Kenangan Anak Pertama, Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.