Ads Top

Main Ad

Nadiyah Shahab Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Peminat Kongsi Resipi Mudah Khairul Aming

Pelakon dan juga usahawan, Nadiyah Shahab, 30, mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai bakat dalam menyediakan juadah nasi goreng ketika diminta untuk masak makanan berkenaan.

Kata Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, dia pernah memasak nasi goreng namun hangus.

Advertisement

BACA: Sumbang RM40,000 Kepada Rakyat Palestin, Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Bantu Ringankan Penderitaan

Meskipun begitu, percubaan kali pertamanya itu tetap mendapat pujian daripada suami tercinta, pelakon Ben Ali.

Perkara tersebut dikongsikan aktres jelita itu menerusi beberapa hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement
IG Story Nadiyah ShahabSumber : Astro Gempak  

 

“Saya boleh masak banyak menu tapi nasi goreng…omg gagal. Cuba buat sekali, kesian Ben makan nasi hangus. Tapi dia telan juga cakap sedap. Sekirannya ada yang mengetahui resipi, tolong kongsi dengan saya..”

Menerusi hantaran itu, Nadiyah turut memohon resipi mudah untuk menyediakan nasi goreng daripada peminat di luar sana.

Setelah beberapa ketika, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu memaklumkan bahawa ruangan mesej Instagramnya dipenuhi dengan resipi daripada peminat yang mengsyorkan Khairul Aming dan Eika Azman.

Dia juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas respon yang diterimanya itu.

Sekadar info, Nadiyah Shahb dan suami, Ben Ali telah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nadiyah Shahab Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Peminat Kongsi Resipi Mudah Khairul Aming first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.