Ads Top

Main Ad

Nak Ada Anak Dalam Tahun Ini, Pekin Dan Mona Allen Jalani Rawatan Kesuburan

Setelah kira-kira tiga tahun mendirikan mahligai bersama-sama suami tercinta, Mona Allan dan Pekin Ibrahim khabarnya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

BACA: Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia, Mona Allen Belum Sedia Timang Anak, – “Tahun Depan Baru Boleh Fikir..”

Advertisement

Ujar Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen,36, dia dan Pekin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan.

View this post on Instagram

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Tambah pelakon jelita ini lagi, mereka berdua sedang mencuba dan ingin mencuba dengan lebih gigih ketika PKP kala ini kerana lebih banyak masa berehat dan keadaan lebih tenang.

“Doktor ada cakap mungkin sebelum ini tak lekat sebab saya tiada masa berehat, emosi tak stabil kerja sebagai pelakon..doktor cakap kalau nak lekat sekurangnya kena satu atau dua bulan berehat betul-betul agar kita kena selalu rasa chill dan relax..”

Mona turut memberitahu bahawa dia telah mendapatkan khidmat doktor pakar kesuburan yang sama seperti penyanyi Misha Omar iaitu Dr. Azrai Abu.

View this post on Instagram

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Advertisement

Dia dalam pada itu sempat menzahirkan harapan untuk mendapatkan anak dalam tahun ini juga.

Perkembangan lain, Mona berkata dia kini sedang sibuk dengan perusahaan kek butter yang diniagakan di platform media sosialnya.

Sekadar info, Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim telah berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nak Ada Anak Dalam Tahun Ini, Pekin Dan Mona Allen Jalani Rawatan Kesuburan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.