Ads Top

Main Ad

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Malam semalam, penyanyi Lan Solo dan Syura Badron ada mengaitkan nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dalam konflik dalaman antara mereka dalam sebuah sesi Instagram Live.

BACA: Terkenang Dosa-Dosa Lampau, Siti Nordiana Akui Mudah Tersentuh Hati Dengar Selawat Dan Zikir

Advertisement

Isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Shiela Hashim bersama Syura Badron meluah perasaan dan menjawab persoalan yang berbangkit dalam konflik antara mereka dan juga pelakon drama Dia Semanis Honey itu.

Ujar Shiela, dia berasa terkilan kerana didakwa menumpan populariti Siti Nordiana sehingga pihak produksi lain enggan memberikan ‘job’ kepada mereka.

“Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas pengurus dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitnah dia. Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ini saya cerita.”

Ini berikutan ada yang bertanyakan mengapa Shiela tidak berbuat baik kepada Siti Nordiana seperti hanya menghantar makanan kepada Syura sahaja.

Advertisement

Manakala menurut Anas merangkap pengurus Siti Nordiana memaklumkan bahawa penyanyi itu kini sedang berbincang dengan peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

Anas juga enggan memberi keterangan lanjut dan berharap Siti Nordiana segera tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.