Ads Top

Main Ad

Nekad Jual Trofi FFM25, Syafie Naswip Bantu Golongan Memerlukan

Pelakon berbakat, Syafie Naswip khabarnya nekad untuk melepaskan trofi Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang dimenanginya bagi membantu golongan memerlukan sepanjang tempoh pandemik ini.

Meskipun berasa ralat untuk melepaskannya, Syafie atau nama sebenarnya Mohd Shafie Naswip berharap ada orang di luar sana yang sudi membeli trofi tersebut dengan jumlah yang tinggi agar dia dapat membantu lebih ramai orang.

Advertisement

“Saya dah pernah rasa zaman tu, sekarang kita kongsi dengan orang yang betul-betul memerlukan. Saya sayang kerja-kerja saya jadi of course ada rasa sebak. Trofi itu adalah salah satu cara saya untuk dapat wang yang banyak. Mana tahu ada orang yang nak bid, mungkin RM10,000 atau RM25,000…”

Dia yang dihubungi sebuah portal media berkata, idea untuk menjual barang-barang terpakai miliknya mula tercetus apabila dia dihujani mesej yang meminta bantuan kewangan di Instagram (IG).

Ujar pelakon filem Mukhsin ini lagi, wang yang terkumpul digunakan untuk membeli keperluan makanan dan lampin pakai buang dan ia akan disalurkan ke tempat yang betul.

“Itu sahaja cara yang saya boleh buat dengan menggunakan platform saya. Sebagai pelakon yang punya pengikut sendiri, gunakan ke arah yang baik dan bermanfaat. Kalau kita tak tolong negara kita, nobody cares..” ujarnya mengakhiri bicara.

BACA: Temui ‘Cinta Baharu’, Syafie Naswip Akui Hati Jadi Lebih Tenang

The post Nekad Jual Trofi FFM25, Syafie Naswip Bantu Golongan Memerlukan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.