Ads Top

Main Ad

Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf, Bakal Jalani Rawatan Pemulihan Dadah

Popular dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani merupakan salah seorang selebriti Indonesia yang sangat terkenal. Di Malaysia sendiri, drama tersebut pernah menjadi fenomena dan kegemaran ramai suatu ketika dahulu. Namun siapa sangka, pelakon ini terjebak penagihan dadah sehingga ditangkap polis baru-baru ini.

Terbaru, Nia menerusi sidang media bersama polis memohon maaf dan menyatakan rasa kesal dengan perbuatannya. Dia dan suami, Ardie Bakrie bersedia menerima apa sahaja hukuman yang ditetapkan mahkamah.

Advertisement

Mengaku bukan contoh terpuji

@kakcomelllll#niaramadhanibakrie #ardiebakrie #foryou? suara asli – kakcomelllll

Mohon izinkan saya dengan segala kerendahan hati untuk mengucapkan permintaan maaf yang sebesar-besarnya kepada seluruh pihak yang terkait, khususnya kepada keluarga besar saya, sahabat, teman-teman, orang-orang yang mengasihi saya, rakan kerja, dan seluruh pihak yang menaruh kepercayaannya kepada saya.

Saya, Nia Ramadhani Bakrie, mengakui bahawa yang saya lakukan tidak menjadi sebuah contoh yang terpuji. Saya sedar seharusnya saya beri contoh yang baik kepada anak-anak dan orang sekeliling saya.

Nia Ramadhani dilihat tidak dapat menahan sebak di saat mengucapkan maaf kepada semua pihak terutama ahli keluarganya. Suami yang berdiri di belakang mengusap lembut bahu menguatkan lagi semangat pelakon berusia 31 tahun ini.

Harap pengampunan Allah SWT

Nia Ramadhani

Saya berharap melalui pernyataan ini saya bisa dibukakan pintu maaf sebesar-besarnya dari semua pihak terutama, sekali lagi orang tua saya dan seluruh keluarga besar terutama anak-anak saya.

Terutama buat saya adalah pengampunan dari Allah SWT. Sebagai warganegara Indonesia yang baik, saya akan bersikap cooperative dan melalui proses hukum yang berjalan. Saya ucapkan terima kasih untuk doa dan dokongannya.

Memetik laporan portal liputan6, tertuduh akan menjalani rawatan pemulihan untuk melepaskan ketagihan terhadap dadah. Pemulihan akan dilakukan di pusat rehabilitasi yang sudah dipersetujui pegawai dan keluarga tertuduh.

Peguam Nia Ramadhani dan Ardi, Wa Ode Nur Zainab dalam rayuannya sebelum ini berkata tertuduh layak mendapatkan rawatan pemulihan berikutan mereka adalah mangsa. Ini seperti mana terkandung dalam Undang-Undang nombor 35 tahun 2009 fasal 4.

Video penuh:

 

The post Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf, Bakal Jalani Rawatan Pemulihan Dadah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.