Nora Danish Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac, Netizen Puji Tak Memilih Vaksin
Pelakon jelita Nora Danish khabarnya telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac bertempat di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Isnin lalu.
Ujar Nora, dia masih belum merasakan sebarang kesan sampingan yang teruk selepas menerima vaksinasi tersebut.
BACA: Tidak Alami Sebarang Simptom, Nora Danish Disahkan Positif COVID-19
View this post on Instagram
Malah katanya lagi, dia menjadi lebih bertenaga dan rajin melakukan kerja-kerja rumah.
Perkara tersebut dikongsikan Nora menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan para peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil memberi pujian kepada aktres tersebut kerana menerima vaksin yang diberikan kepadanya tanpa perlu memilih.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah tak memilih vaksin. Tak macam diva tua tu. Tak nak amik Sinovac sebab nak pergi Paris.” usik seorang pengguna media sosial.
BACA: Nak Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin
Nora sebelum ini telah disahkan positif COVID-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan individu dalam kategori C pada awal Mei lalu.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Ifa Raziah membatalkan temujanji vaksin selepas dimaklumkan bahawa dia akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukan Pfizer seperti yang diinginkannya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Nora Danish Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac, Netizen Puji Tak Memilih Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.