Ads Top

Main Ad

“Pendatang Baru Cari Ilmu Dulu Supaya Tak Susahkan Orang Di Set Lokasi” – Shiela Rusly

Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly akur industri lakonan memerlukan wajah baharu supaya dapat menjadi pelapis kepada pelakon yang sedia ada, namun nasihatnya kepada pendatang baru agar sentiasa berusaha mendapat kepercayaan dengan bakat yang hebat, bukannya membeli jiwa dengan pelbagai pemberian.

BACA: Mahu Buat Kelas Lakonan Percuma Buat Pelakon Baru, Usaha Nabila Huda Dipuji Ramai

Advertisement

Menurut Shiela, pelakon baru perlu tersedia rapi sebelum melakukan pengambaran kerana apabila pelakon tersebut telah membuat persediaan, pengambaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Nasihat saya kepada yang mahu jadi anak seni, carilah ilmu supaya tidak menyusahkan ramai orang di set lokasi dan pelakon lain.

Jangan susahkan orang lain hanya kerana rasa diri sudah popular dan ramai pengikut dalam media sosial. Syukur setakat ini tiada lagi pelakon yang berlagak diva bila masuk set penggambaran drama saya.

Pesan isteri kepada pengarah Jinggo itu lagi, dia mahu pelakon baru agar sentiasa berusaha melunaskan tanggungjawab yang diberi semasa penggambaran dan tidak mensia-siakan kepercayaan yang telah diberi oleh pihak produksi kepada mereka.

Shiela RuslySumber : Instagram Shiela Rusly  

 

Tambahnya lagi, dia tidak pernah memandang sebelah mata pada mana-mana pendatang baru yang ingin memulakan kerjayanya di inustri lakonan dan amat mengalu-alukan mereka kerana Shiela beranggapan industri ini memerlukan wajah-wajah segar untuk membintangi karya tempatan.

The post “Pendatang Baru Cari Ilmu Dulu Supaya Tak Susahkan Orang Di Set Lokasi” – Shiela Rusly first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.