Ads Top

Main Ad

“Proud Of You Darling…” Suami Baru Serina Terima Anugerah Penghargaan Tugas Cemerlang

Personaliti TV, Serina Redzuawan menzahirkan perasaan syukur apabila suami kesayangan, Meor Mohammad Aidid khabarnya telah menerima sijil penghargaan kerana kecemerlangannya dalam menjalankan tugas.

BACA: Abaikan Caci Maki Netizen, Serina Redzuawan Kini Fokus Bisnes Telekung Bersaiz Besar

Advertisement

Serina yang juga anak perempuan kepada cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.

Suaminya yang merupakan anggota polis itu menerima penghargaan tersebut kerana bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.

“Tahniah suami tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota polis yang bertungkus-lumus menjafa keselamatan negara.

Terdahulu, Serina dan Aidid telah mendirikan rumah tangga pada 9 April yang lalu. Pelakon wanita itu turut mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef,11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Proud Of You Darling…” Suami Baru Serina Terima Anugerah Penghargaan Tugas Cemerlang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.