Ads Top

Main Ad

Puas Hati Akhirnya Dapat Pfizer, Ifa Raziah Kata Jangan Dengki, Buang Perasaan Jijik

Kecoh dua tiga hari ini apabila penyanyi dan juga pelakon Ifa Raziah didakwa bersikap memilih jenis vaksin setelah enggan menerima vaksin jenis Sinovac pada hari vaksinasi yang ditetapkan.

Ifa kemudiannya tampil memberi penjelasan sebab mengapa dia menolak Sinovac kerana sebab kesihatan dan bukannya sengaja bersikap ‘demand’ seperti dakwaan netizen.

Advertisement

BACA: “Rezeki Jangan Ditolak” – Ifa Raziah Terima Tawaran Pfizer Daripada Beberapa Hospital

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Difahamkan juga, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha telah selamat menerima vaksin keluaran Pfizer-BioNtech pada hari Isnin bertempat di Hospital Islam Az-Zahra, Bangi, Selangor.

Perkara tersebut turut dikongsikan Ifa menerusi hantaran Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Malah, sempena Hari Raya Aidiladha ini, Ifa berkesempatan untuk memohon maaf jika apa yang berlaku sebelum ini telah mengguris hati banyak pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Ifa turut menzahirkan harapan agar semua netizen dan selebriti yang sebelum ini melemparkan kata-kata penghinaan terhadapnya agar menerima hakikat bahawa vaksin yang diterimanya itu merupakan rezeki untuk dirinya.

“Tak payahlah nak dengki, iri hati, busuk hati, busuk perut dengan rezeki orang lain. Buanglah perasaan jijik tu dalam diri masing-masing. Saya tak pernah pun nak kacau kehidupan anda yang sedih itu..” katanya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Puas Hati Akhirnya Dapat Pfizer, Ifa Raziah Kata Jangan Dengki, Buang Perasaan Jijik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.