Ads Top

Main Ad

Rasa Macam Beli ‘Followers’, Atikah Suhaime Hairan Kurang Dapat Tanda Suka Meskipun 1 Juta Pengikut Di IG

Meskipun mempunyai hampir lebih sejuta pengikut di media sosial Instagram, pelakon Atikah Suhaime meluahkan perasaan pelik apabila setiap hantarannya seperti foto dan video di laman tersebut kurang mendapat sambutan.

Tertanya-tanya, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime,30, tampil meminta pendapat pengikut Instagram tentang mengapakah perkara tersebut terjadi kepada akaunnya.

Advertisement

Kata pelakon daripada seberang tambak itu lagi, dia tidak pernah membeli pengikut media sosial dan jumlah sejuta ‘followers’ itu diperolehinya setelah sembilan tahun bergelar artis.

BACA: “Saya Pun Susah Juga..”- Atikah Suhaime Rasa Bersalah Hirau Mesej Peminat Minta Bantuan

Atikah SuhaimeSumber : Instagram Atikah Suhaime  

“Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunya sejuta followers tapi di mana semua likes dan viewers. Bolehkah seseorang memberitahu saya apakah sebenarnya yang terjadi?”

Solanya lagi, adakah disebabkan dia kurang memuat naik video seperti TikTok atau aksi comel menjadi punca Instagramnya kurang mendapat perhatian.

Advertisement

“Adakah disebabkan tidak buat TikTok atau seba saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?” tanya Atikah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan pendapat bahawa netizen lebih gemar melihat berkongsi video TikTok menari gelek dengan mendedahkan aset.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Rasa Macam Beli ‘Followers’, Atikah Suhaime Hairan Kurang Dapat Tanda Suka Meskipun 1 Juta Pengikut Di IG first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.