Ads Top

Main Ad

Raya Haji PKP, Nabil Ahmad Tumbang 3 Ekor Lembu Dan 5 Ekor Kambing

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memaklumkan dia dan keluarga tetap istiqamah melakukan ibadah korban pada tahun ini meskipun negara dilanda pandemik COVID-19.

Menjalani ibadah tersebut dengan cara yang berbeza, Nabil meluahkan rasa syukur kerana masih mampu melakukannya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Alhamduliilah, dengan izin Allah setakat ini saya tak pernah terlepas melakukan ibadah korban cuma tahun ini Negeri Sembilan tangguh ibadah korban, di sini pun tak boleh buat. Jadi kita cari tempat boleh buat, memang ada buat korban tahun ini. Tiga ekor lembu dan lima ekor kambing.”

Dia dalam pada itu turut mengulas pengertian korban dan juga pengorbanan terbesar yang pernah dilakukannya dalam hidup.

BACA: Nabil Ahmad Berharap Agar Isteri Kekal Istiqamah Bersama Ke Arah Kebaikan

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Pengacara program MeleTop itu menambah bahawa isterinya paling banyak melakukan pengorbanan kerana meninggalkan kerjayanya untuk bergelar suri rumah dan menjaga anak-anak.

Advertisement

Nabil juga sempat merakamkan penghargaan kepada isterinya, Nazirah Ayub dan juga orang sekeliling yang menyokong dan banyak berkorban untuknya.

Sekadar info, Nabil dan isteri, Zira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla,8, Layla Medyna,5, dan Mishall Imani yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Raya Haji PKP, Nabil Ahmad Tumbang 3 Ekor Lembu Dan 5 Ekor Kambing first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.