Ads Top

Main Ad

Ruhainies Maafkan Sesiapa Pernah Mengata Dirinya

Ruhainies dan keluarganya nyata menjadi perhatian ramai kerana pelbagai cerita. Malah ada segelintir netizen yang tidak segan meninggalkan komen berbaur kritikan pada selebriti itu.

BACA: “Kiranya Drama Tersebut Berjaya..” – Ruhainies Anggap Usikan Bercinta Dengan Zul Ariffin Normal

Advertisement

Walaubagaimanapun, gadis genit itu sepertinya tidak kisah dengan umpatan mahupun kata-kata tidak enak yang dilemparkan kepadanya.

Menerusi hantaran Instagram yang dikongsikan olehnya, wanita itu mengakui bahawa dia sering menerima mesej permohonan maaf daripada individu tidak dikenali kerana pernah mengumpatnya sebelum ini.

ruhainies diumpat

Kata individu berkenaan, dia menyedari kesilapannya selepas mempelajari maksud ghibah atau mengumpat.

Advertisement

“Assalamualaikum puan, saya baru lepas faham tentang ghibah atayu mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan, minta dihalalkan (dimaafkan) ya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Malah Ruhainies menjelaskan bahawa dia turut memaafkan sesiapa yang pernah mengata dirinya sebelum ini.

“Pada sesiapa yang pernah kutuk atau mengata saya tu dan meminta maaf, saya maafkan. Untuk yang pernah mengata tapi tidak meminta maaf pun saya maafkan juga.”

Cool betul Ruhainies kan?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok Beautiful untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ruhainies Maafkan Sesiapa Pernah Mengata Dirinya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.