Ads Top

Main Ad

Sanggup Keluar Duit Poket, Ifa Raziah Tetap Nak Vaksin Pfizer

Meskipun dituduh ‘berlagak diva’, selebriti Ifa Raziah khabarnya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri asalkan dapat disuntik dengan vaksin yang diinginkannya iaitu Pfizer-BioNtech.

Ujar Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha,46, dia mempunyai masalah kesihatan berupa alergi atau alahan pada ubat tertentu yang membuatkannya terpaksa menolak vaksin jenis Sinovac yang ditawarkan kepadanya sebelum ini.

Advertisement

BACA: Nak Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

Katanya lagi, dia tidak kisah jika menerima vaksin tersebut lambat asalkan dapat vaksin yang diingini.

“Saya tak kisah sama ada cepat atau lambat asalkan dapat vaksin yang diinginkan. Lagi pun tak salah jika saya memilih vaksin kerana masih ada niat nak divaksinasi. Kalau diberi pilihan untuk beli sekalipun, saya sanggup beli.”

Advertisement

Dia sebelum ini berdepan kecaman netizen apabila telah membatalkan temujanji suntikan vaksin Sinovac ketika hadir ke temujanji vaksinasi di MITEC, Sabtu lalu.

Difahamkan, Ira telah melampirkan senarai ubat untuk konsultasi sebelum proses vaksinasi dengan pegawai yang bertugas di PPV berkenaan.

Ifa raziahSumber : Instagram Ifa Raziah  

Setelah sesi konsultasi, doktor telah mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinsi jenis Sinovac dan perlu ditukar kepada vaksin lain yang mengikut kefahamannya adalah jenis Pfizer.

Ia sekaligus menjawab segala dakwaan mengenai tuduhan berlagak ‘diva’ terhadap Ifa Raziah.

Dalam pada itu, Ifa juga memaklumkan bahawa suami, Mohd Yani Abdul Rahman serta anak perempuannya telah pun menerima vaksin jenis Sinovac, baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sanggup Keluar Duit Poket, Ifa Raziah Tetap Nak Vaksin Pfizer first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.