Ads Top

Main Ad

“Saya Pun Terkejut..” Netizen Tak Puas Hati, Atiq Azman Ulas Isu Dapat Tarikh Vaksin Sama Tarikh Daftar

Tindakan pelakon Atiq Azman mengundang kritikan ramai apabila dia memuat naik paparan skrin aplikasi My Sejahtera bagi menunjukkan tarikh vaksin yang diterimanya.

BACA: Kini Jual Sotong Gergasi, Atiq Azman Tak Kisah Buat Kerja Lama,- “Biarlah Kerja Kutip Sampah Asal Halal..”

Advertisement

Apa yang membuatkan netizen berasa tak puas hati adalah apabila tarikh Atiq menerima dos pertama adalah pada hari yang sama dia mendaftar sekali gus mengundang kemarahan netizen yang masih belum mendapat tarikh meskipun sudah lama mendaftar.

Jelas Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah,21, dia sebenarnya sudah lama mendaftar pada bulan April lalu dan menganggap salah faham yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal pada sistem aplikasi tersebut.

Advertisement

“Saya dah daftar vaksin sejak bulan April lagi, saya pun terkejut juga kenapa MySejahtera keluar register 4 Julai, saya pun tak perasan. Lepas tu saya pun bertanya pada kawan-kawan dan mereka pun cakap benda itu juga jadi sama pada mereka disebabkan mungkin sistem down..”

Ujarnya lagi, dia tidak memperoleh sebarang keistimewaan kerana dia mendaftar dan menunggu seperti orang lain.

Vaksin AtiqSumber : Instagram Atiq Azman  

Terdahulu, netizen mendakwa pelakon drama Nur itu sebagai golongan ‘kayangan’ dan mendapat ‘tiket ekspres’ berbanding orang lain yang terpaksa menunggu lama.

Enggan memperbesarkan perkara seperti itu, Atiq berharap dengan penjelasan tersebut dapat menjawab segala persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

TwitterSumber : Instagram Atiq Azman  

Saya sebenarnya jenis yang malas nak layan sangat kalau melibatkan perkara-perkara negatif macam ini, tak ambil vaksin salah, takkan dah ambil vaksin pun orang cari salah juga..” katanya lagi.

Dia juga turut memberitahu bahawa telah mendapat tarikh untuk suntikan dos kedua pada 5 September ini bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Pun Terkejut..” Netizen Tak Puas Hati, Atiq Azman Ulas Isu Dapat Tarikh Vaksin Sama Tarikh Daftar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.