Ads Top

Main Ad

“Saya Susah Nak Benci Orang, Tapi Orang Datang Cari Gaduh Dengan Saya..” – Ustaz Ebit Lew Luah Perasaan Kecewa

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen berikutan namanya turut terpalit sama dalam krisis yang dibangkitkan oleh Caprice berkenaan situasi sebenar pemberian bantuan di Gaza, Palestin.

Menganggap setiap manusia tidak terlepas dengan ujian dalam kehidupan, sebuah video lama memaparkan Ebit telah ditularkan semula sehingga ia menjentik emosi netizen yang melihatnya.

Advertisement
Ebit LewSumber : Google  

Dalam rakaman yang ditularkan oleh Instagram Pemantau Malaysia Baru, Ebit mengakui dia bukanlah seorang individu yang suka bergaduh dan mencari pasal dengan individu lain.

BACA: Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

“Saya susah nak benci daripada dulu, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan sesiapa. Tapi kebelakangan ini orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih.”

Dalam hantaran itu lagi, pemilik kedai serbaneka Ebit Lew Mart ini turut memaklumkan bahawa dia tidak takut dengan sesiapa sejak kecil lagi kerana yakin segala ketentuan dalam hidupnya telah diaturkan oleh Allah S.W.T.

“Setakat kata-kata saya tak kisah tapi bila melibatkan macam-macam orang kan, saya jadi sedih. Saya jadi sayu.” ujarnya lagi.

Advertisement

Menjengah ruangan komen, ramai pengguna media sosial berasa terharu dan dihujani dengan pelbagai kata-kata semangat serta berharap agar Ebit Lew terus cekal dalam menghadapi dugaan.

“Walaupun ini video lama tapi ni lah luahan hati beliau. Kami semua sayang ustaz. Teruskan usaha dakwah ustaz.” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Susah Nak Benci Orang, Tapi Orang Datang Cari Gaduh Dengan Saya..” – Ustaz Ebit Lew Luah Perasaan Kecewa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.