Ads Top

Main Ad

“Saya Tak Pernah Buka Tabung Gaza, Saya Pakai Duit Saya Sendiri..” – Ustaz Ebit Lew

Seperti yang telah dijanjikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk memberi pencerahan dan penjelasan mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya tentang misi kemanusian yang dijalankan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

BACA: Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok, Jam 12 Tengah Hari

Advertisement

Ebit yang muncul lebih setengah jam daripada waktu yang telah dijanjikan berkata dia terpaksa membuka mulut bagi menjelaskan hal ini kerana telah melibatkan anak-anak, isteri serta keluarganya seperti arwah bapanya.

Saya ulang balik ya, saya minta maaf. Ada yang gelar saya Dajal, b*bi, setan, buang kupiah. Macam-macamlah. Mereka gelar saya Dajal. Saya terluka jugalah.

Sampai ada yang hantar DM pada anak, isteri saya. Jadi saya dapat nasihat daripada ramai juga pihak termasuk yang akrab dengan saya, saya jawablah persoalan semua hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Perkara pertama yang sukar untuk dijelaskan adalah mengenai dakwaan terkait dana atau duit yang dibawa dari Malaysia masuk ke Gaza sebagai sumbangan.

Saya tak pernah buka tabung Gaza. Ramai yang ingat saya juga bawak duit dari Malaysia. Duit Malaysia. Tak ada juga. Saya tak ada Tabung Gaza. Saya pakai duit saya sendiri semuanya. Semua duit saya.

Ebit LewSumber : Instagram Ebit Lew  

 

Walau bagaimanapun, Ebit dengan tenang mengatakan dirinya memaafkan semua pihak yang telah memfitnah dan salah faham terhadapnya. Dalam pada masa yang sama, Ebit berharap agar penjelasannya itu dapat menjawab persoalan buat pihak yang mendakwanya penunggang agama dan memakan duit haram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Saya Tak Pernah Buka Tabung Gaza, Saya Pakai Duit Saya Sendiri..” – Ustaz Ebit Lew first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.