Ads Top

Main Ad

“Saya Tiada Niat Nak Sakitkan Hati Sesiapa, Saya Minta Maaf Deh..” – DSV

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara umur berhubung dengan isu jangan terlalu mengharapkan bantuan #benderaputih yang tular baru-baru ini.

BACA: “Konon Berlumba Nak Jadi Hero, Harap Bantu Sekali” – DSV Dedah Banyak Kali Hulur Bantuan

Advertisement

Menurut DSV, permohonan maaf yang dibuat secara live di akaun Instagramnya semalam untuk menjernihkan keadaan yang sudah semakin keruh dan menjelaskan kesusutan yang berlaku atas penyebaran video yang dibuat dia di akaun rasmi TikToknya.

Saya harap kalau ada yang terkasar bahasa, terkeliru atau terasa apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak maksudkan nak sakitkan hati sesiapa.

Tolong sampaikan kepada semua, saya tiada niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati atau marah. Saya minta maaf deh..

Dalam pada masa yang sama, DSV tegas mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan golongan susah, sebaliknya dia hanya mahu agar orang ramai terus berusaha untuk menjana pendapatan ketika musim pandemik ini.

Advertisement
Dato' Seri VidaSumber : Instagram Dato' Seri Vida  

 

Sedia maklum, sudah beberapa minggu DSV dikecam oleh orang ramai atas kenyataan yang dibuat olehnya seolah-olah memperlekehkan golongan yang mengharapkan bantuan #benderaputih ketika musim pandemik ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Tiada Niat Nak Sakitkan Hati Sesiapa, Saya Minta Maaf Deh..” – DSV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.