Ads Top

Main Ad

Sediakan Bank Bantuan Makanan, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bantun Golongan Terjejas PKP

Pasangan selebriti dan juga usahawan terkenal, Wawa Zainal dan suami Aeril Zafrel dilaporkan telah menyediakan bank bantuan makanan ataupun ‘foodbank’ yang diletakkan di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Selangor.

BACA: Aeril Zafrel Balas Tuduhan Terlalu Manjakan Isteri

Advertisement

Antara barangan yang disediakan Wawa dan Aeril adalah berupa makanan asas dan keperluah harian seperti beras,gula, tepung, Milo dan sardin yang disediakan khas buat mereka yang memerlukan akibat kesempitan hidup gara-gara pandemik ini.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril ketika dihubungi media tampil menyeru orang ramai agar datang mengambil keperluan yang diperlukan dan berharap agar sumbangan mereka berdua itu dapat membantu sedikit sebanyak mereka di luar sana.

Pelakon filem Sabda Kekasih itu turut memberitahu bahawa dia dan isteri turut merancang untuk membuka ‘food bank’ di lokasi lain.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.” jelas Aeril lagi.

Aeril dan Wawa memaklumkan ada menerima banyak mesej peribadi di Instagram yang meminta bantuan kewangan di mana mereka cuba untuk membantu mana yang termampu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sediakan Bank Bantuan Makanan, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bantun Golongan Terjejas PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.