Ads Top

Main Ad

Sekali Lagi Bertudung Tetapi Pakai Baju Ketat, Ameera Khan Dikecam Netizen

Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti Neelofa sekali lagi menarik perhatian warga maya apabila dia berkongsi beberapa keping foto dia menggayakan baju yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Ameera yang dikenali sebagai Little Miss Khan itu ada memuat naik foto kolaborasi bersama jenama mewah Fendi untuk tatapan peminat serta pengikut Instagramnya.

Advertisement

BACA: ‘Tersalah Post Ke?’- Muat Naik Foto Kain Ketat, Ameera Khan Cetus Tanda Tanya Pengikut

Menerusi hantarannya itu, dia tampil menggayakan gaun santai paras lutut yang digayakan bersama stokin panjang bersama hijab.

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila foto tersebut telah menampakkan bentuk tubuh Ameera berikutan gambar yang telah dirakam dari sudut atas.

Menjengah ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didakwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.

Namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur pujian kepada adik Neelofa itu yang selalu tampil cantik dalam mengenakan pelbagai busana pakaian.

Terdahulu, Ameera tampil memaklumkan bahawa dia kini ingin membawa imej wanita berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa bersama PU Riz.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sekali Lagi Bertudung Tetapi Pakai Baju Ketat, Ameera Khan Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.