Ads Top

Main Ad

Suami Dan Enam Anak Rebecca Nur Islam Positif COVID-19, Termasuk Tiga Orang Gaji

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi sebuah hantaran di Instagramnya mengumumkan sebuah berita duka di mana suami dan enam orang anaknya telah disahkan positif COVID-19.

Turut menerima nasib yang sama ialah tiga orang pembantu rumahnya.

Advertisement

BACA: Gayakan Rambut Merah Seperti Watak ‘Black Widow’, Rebecca Nur Islam Tutup Ruangan Komen Di Instagram

Dalam hantaran itu, Rebecca memaklumkan suami, Datuk Norazam dan enam anak mereka iaitu Nor khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, dan Nor Aurora Riana positif virus tersebut.

Mengakui berasa terlalu sedih dan berduka cita, Rebecca walaubagaimanapun bersyukur kerana dua orang lagi anaknya iaitu Nor  Ariff Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee dan juga dirinya disahkan negatif.

Begitu juga tukang kebun serta tiga lagi pembantu rumah mereka sekeluarga yang bernasib baik kerana tidak dijangkiti wabak tersebut.

Sehubungan dengan perkara itu, pelakon wanita itu turut memohon doa orang ramai agar dikurniakan kesembuhan terutamanya suami tersayang yang lebih kritikal berbanding yang lain.

Rebecca juga memohon kontak rapat ahli keluarganya yang positif untuk segera melakukan ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Suami Dan Enam Anak Rebecca Nur Islam Positif COVID-19, Termasuk Tiga Orang Gaji first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.