Ads Top

Main Ad

Suami Kritikal Tahap 4, Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi berita duka di mana beliau sekeluarga disahkan positif jangkitan wabak Covid-19. Turut menerima nasib yang sama adalah tiga orang pembantu rumahnya.

BACA: “Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen, Serius Wabak Ni Bahaya..” – Rebecca Nur Islam

Advertisement

Terbaru, Rebecca menerusi sesi langsung di Instagram berkongsi pengalaman kritikal apabila suami, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital semalam.

Hospital padat dan penuh

rebecca positif covid-19

Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, beliau cuba mendapatkan rawatan di beberapa hospital swasta namun dimaklumkan kapasiti sudah penuh dengan pesakit positif yang lain.

Sampainya kami di hospital, kami diberitahu keadaan padat dan penuh. Mereka tak dapat menerima pesakit lagi. Anda percaya atau tidak semalam saya dan suami hampir dua jam duduk dalam ambulan di tepi jalan.

Alhamdulilah nasib baik orang ambulan baik sangat-sangat. Dia pun sibuk telefon mana-mana hospital kerana saya ada satu kedegilan, saya tak mahu bawa suami ke hospital kerajaan. Terus terang saya cakap, saya tak nak bawa suami ke hospital kerajaan. Saya tak nak bawa suami ke MAEPS kerana saya takut keadaan di sana lagi teruk.

Dalam linangan air mata, Rebecca tidak dapat membayangkan keadaan pesakit-pesakit yang padat di hospital kerajaan memandangkan hospital swasta juga penuh.

Suami di stage 4-5

Rebecca positif covid-19

Beliau dimaklumkan hospital swasta di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor ada lebih 100 nama pesakit di dalam senarai menunggu.

Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta. Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19.

Dalam keadaan genting tersebut, pelakon ini mengucapkan syukur suami akhirnya mendapat bantuan oksigen. Sekitar jam 10.30 malam, Rebecca menerima panggilan dari sebuah pusat perubatan swasta dan kini suami sedang menerima rawatan lanjut di situ.

Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.

Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.

Bercerita dengan lebih lanjut, Rebecca berkata beliau tiba di rumah sekitar jam 5 pagi tadi. Beliau bersyukur keadaan kesihatannya dan anak-anak masih boleh dikawal. Namun, meminta orang ramai mendoakan keadaan suaminya kembali pulih.

Video penuh

Advertisement

Selepas disahkan positif jangkitan, Rebecca dan anak-anak mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah sahaja. Beliau turut meluahkan perasaan takut untuk ke pusat kuarantin berikutan jumlah pesakit yang sangat ramai.

Pelakon ini turut merayu kerajaan melaksanakan total lockdown untuk mengawal keadaan yang semakin buruk sekarang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post Suami Kritikal Tahap 4, Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.