Ads Top

Main Ad

“Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen, Serius Wabak Ni Bahaya..” – Rebecca Nur Islam

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan keadaan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang kini semakin teruk kerana jangkitan COVID-19 baru-baru ini.

BACA: Suami Dan Enak Anak Rebecca Nur Islam Positif COVID-19, Termasuk Tiga Orang Gaji

Advertisement

Perkongsian di dalam Instagram Story, Rebecca memberitahu suaminya kini sedang menggunakan mesin oksigen untuk bantuan pernafasan dan turut menunjukkan mesin oksigen yang digunakan oleh dia untuk suaminya.

Suami mummy dah pakai mesin oxygen sekarang ni.. Doa kan kami sekeluarga ya.

Dalam pada masa yang sama, Rebecca turut menasihati orang ramai untuk tidak mengambil ringan tentang wabak COVID-19 dan memohon semua mendoakan buat dia sekeluarga agar sembuh dari penyakit yang boleh membawa maut ini.

Advertisement
Rebecca Nur Islam Dan SuamiSumber : Instagram Rebecca Nur Islam  

 

Pada 8 Julai lalu, pelakon yang kini berusia 35 tahun itu berkongsikan cerita duka dimana suami, enam anaknya dan juga tiga orang pembantu rumah telah disahkan positif COVID-19, dua hari selepas itu, Rebecca memaklumkan dirinya juga positif.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

The post “Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen, Serius Wabak Ni Bahaya..” – Rebecca Nur Islam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.