Ads Top

Main Ad

Tak Boleh Ambil Gambar, Altimet Tetap Syarat Ketat Untuk Sertai Misi Bantuan PKP

Penyanyi rap, Altimet yang turut serta giat menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan PKP kali ini khabarnya telah menetapkan beberapa syarat ketat kepada mereka yang berminat untuk menyertai pasukannya.

Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, selain daripada kewajipan mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, mereka juga dilarang untuk mengambil gambar atau merakam video.

Advertisement

BACA: Berdepan Peraturan SOP COVID-19 Tidak Menentu, Altimet Penat Tanggung Kerugian Bisnes

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Perkara tersebut diuar-uarkan Altimet menerusi sebuah video pendek yang dikongsi penyanyi lagu Bunga itu di laman Instagram miliknya.

“Tolong ikut SOP dan pakai glove. Sekali algi diingatkan jangan ambil gambar siapa-siapa. Sesiapa yang ambil gambar kemudian upload di media sosial anda akan dikeluarkan daripada pasukan ini.”

Selain itu, Altimet turut memberi pesanan agar tidak memandang rendah kepada mereka yang meminta bantuan kerana apa yang terjadi ketika ini adalah sebuah bentuk ujian dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Usaha tersebut ternyata meraih pujian peminat yang menzahirkan perasaan kagum atas keprihatinan Altimet dan anak-anak buahnya dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak pandemik ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Boleh Ambil Gambar, Altimet Tetap Syarat Ketat Untuk Sertai Misi Bantuan PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.