Ads Top

Main Ad

Tak Nampak Kelibat Ketika Misi Bantuan Di Jordan, Netizen Persoal Di Mana Caprice?

Umum sedia maklum mengenai luahan perasaan Caprice yang sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di Gaza kini.

BACA: Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Seperti yang semua tahu, penyanyi rap itu menyertai misi berkenaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Walaubagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan lelaki itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di dalam entri Ahli Perlimen Baling itu.

Difahamkan bahawa pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki Gaza buat masa ini dan gigih memberikan bantuan di kem pelarian Gaza sekitar Jordan.

Advertisement

Keberadaan penyanyi rap, Caprice kini menjadi tanda tanya apabila kelibatnya tidak kelihatan di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ketua misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang kini berada di Jordan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan mengapa Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan meskipun dia merupakan salah seorang peserta di bawah misi tersebut.

caprice caprice caprice caprice caprice

 

Sekadar pengetahuan, Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berangkat ke Jordan pada 16 Jun lalu bagi menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi yang terjejas teruk dek serangan tentera Zionis.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Nampak Kelibat Ketika Misi Bantuan Di Jordan, Netizen Persoal Di Mana Caprice? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.