Ads Top

Main Ad

“Tak Payah Paksa Orang Tua-Tua Ambil Vaksin..” Rita Rudaini Dituduh Anti-Vaksin Oleh Netizen

Sekali lagi mencuri perhatian, pelakon Rita Rudaini menerusi laman Twitter nampaknya dikecam hebat oleh netizen gara-gara pernyataannya yang seolah-olah membawa fahaman anti-vaksin di saat rakyat Malaysia sedang berusaha untuk mencapai imuniti kelompok menerusi program vaksinasi melawan wabak COVID-19.

Ini berikutan beberapa status yang dimuat naik Rita di laman Instagram Storynya di mana dia mendakwa umat Islam kini sudah menjadi ‘berpuak-puak’ iaitu golongan yang bersetuju untuk divaksin dan anti-vaksin.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Kata Rita lagi, setiap manusia mempunyai hak untuk menolak vaksin dan baginya, seseorang yang tidak mahu disuntik bukanlah bermakna dia seorang anti-vaksin.

BACA: Muat Naik Kenangan Anak Pertama, Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa

Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Selain itu, pelakon filem Anak Mami Junior ini tampil menyoal keperluan untuk menyuruh warga emas dalam kalangan ibu-bapa untuk divaksinasi kerana beranggapan mereka ini selalu ditinggalkan jika anak-anak bercuti ke luar negara.

Advertisement

Tambahnya lagi,  ‘memaksa’ ibu-bapa yang uzur ke pusat vaksinasi adalah perbuatan yang berisiko tinggi.

Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Pernyataan itu sekali gus menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada warga maya yang beranggapan Rita tidak boleh mempersoalkan hak orang lain untuk mengambil vaksin serta tidak perlu menguar-uarkan kepada orang ramai untuk menolaknya.

Namun, Rita tampil memberi respon balas setelah beberapa ketika ianya menjadi tular di media sosial dengan mengatakan bahawa terdapat ubat penawar lain yang lebih berkesan untuk merawat wabak tersebut.

Twitter Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Twitter  
Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Apa-apapun, bagi yang telah mendaftar dan juga telah mendapat tarikh untuk divaksin, penuhi temu janji anda dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Payah Paksa Orang Tua-Tua Ambil Vaksin..” Rita Rudaini Dituduh Anti-Vaksin Oleh Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.