Ads Top

Main Ad

Tak Perlu Saman, Nubhan Nasihat Siti Nordiana Dan Rakan Artis Saling Bermaafan

Penyanyi Nubhan meluahkan rasa tidak percaya dan menyangka perbalahan antara rakan duetnya, penyanyi Siti Nordiana serta rakan artis yang lain iaitu Lan Solo dan Syura Badron sehingga ke tahap saman menyaman.

BACA: “48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman” – Siti Nordiana

Advertisement

Ujar Nubhan, tiada keperluan untuk saman menyaman dan isu salah faham tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

Nubhan turut memaklumkan bahawa lumrah berkawan untuk mempunyai saat tidak sehaluan pendapat dan bertikam lidah namun tidaklah sehingga ke tahap sedemikian rupa.

“Kesian rakan duet saya ni. Tak sangka isu kawan-kawan boleh jadi sampai ke tahap saman menyaman. Gaduh-gaduh sikit, lepas cakap tu biasalah dalam berkawan. Saya pun pernah juga gaduh..pastu baik balik..pastu gaduh kejap..pastu tiba-tiba holiday sama-sama..macam tu la ulang-ulang..”

Perkara tersebut dizahirkan Nubhan menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Katanya lagi, sesi siaran langsung yang diadakan Lan Solo dan Syura serta beberapa orang lain bagi menceritakan hal-hal rakan yang lain secara terbuka baginya agak melampau dan tidak patut dilakukan.

Advertisement

Dengan itu, penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut berharap agar mereka semua dapat bermaaf-maafan dan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Terdahulu, isu tercetus apabila nama Siti Nordiana telah ‘dipetik’ oleh penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Siti Nordiana kemudian mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka terhadap lima individu terbabit dan jika ingkar, tindakan saman akan diteruskan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Perlu Saman, Nubhan Nasihat Siti Nordiana Dan Rakan Artis Saling Bermaafan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.