Ads Top

Main Ad

“Tak Reti Beza Dunia Sebenar Dan Lakonan..” Wani Kayrie Tak Layan DM Anak Mukhriz

Pelakon dan juga penyanyi, Wani Kayrie memberitahu bahawa dia ada menerima kiriman mesej peribadi daripada anak kepada ahli politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz di Instagram berikutan isu ‘black face’.

BACA: “Sudah Bertahun Tapi Tiada Perubahan..” Wani Kayrie Sedih Dah Dua Tahun Tak Balik Kampung

Advertisement

Ujar Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah,21, dia memilih untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut kerana enggan mengeruhkan keadaan.

 

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E ? (@wanikayrie)

Perkara tersebut berbangkit susulan daripada lakonan Wani dalam drama Dayang Senandung yang menampilkan dia berkeadaan kulit hitam dan dibuli.

Advertisement

“Saya tak kenal dia pun dan tak pernah langsung balas direct message dia. Tahun lepas dia ada kecam juga. Tapi saya malas nak layan sebab tak nak berbalah dengan orang yang tak nak terima pandangan orang lain. Rata-rata orang yang mulakan kecaman ini adalah individu yang pernah kecam tahun lepas masa kami masih dalam penggambaran drama Dayang Senandung.”

Dia yang sebelum ini dikritik kerana didakwa tidak sensitif dengan isu warna kulit di mana pada waktu itu kecoh dengan kempen gerakan Black Lives Matter yang melibatkan kaum kulit hitam.

Ujarnya lagi, dia berasa geram dengan sikap individu yang tidak dapat membezakan antara dunia lakonan dan realiti.

Ally Mukhriz IGSumber : Astro Gempak  

“Saya geram juga tapi saya sabar selagi mampu. Yang saya tahu, drama ini mengandungi banyak nilai murni di sebalik kejahatan orang yang melemparkan kejahatan terhadap Dayang Senandung.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ally Mukhriz meluahkan rasa tidak puas hati melalui Instagram Storynya yang merujuk kepada lakonan Wani dalam drama Dayang Senandung.

Sehingga artikel ini ditulis, Ally masih lagi mengutarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Reti Beza Dunia Sebenar Dan Lakonan..” Wani Kayrie Tak Layan DM Anak Mukhriz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.