Ads Top

Main Ad

“Tak Semua Orang Miskin Meminta-Minta” – Bonda Rozita

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida menyeru orang ramai tidak terlalu mengharapkan bantuan ‘bendera putih’ semata-mata. Beliau menerusi perkongsian video memohon masyarakat berusaha dan menjadikan peniaga gerai yang dikunjunginya sebagai contoh.

BACA: “Usaha, Jangan Malas!” – Dato’ Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan PKP

Advertisement

Walau bagaimanapun, orang ramai menyifatkan kenyataan usahawan tersebut tidak sensitif dengan keadaan semasa rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik.

vida bendera putih

Di Instagram, usahawan terkenal, Bonda Rozita turut menyelar kenyataan DS Vida dan berpendapat rakyat bukanlah malas berusaha. Katanya, perkataan ‘malas’ tidak sesuai dilemparkan ketika rakyat dalam keadaan tertekan kini.

Advertisement

Bonda Rozita yang pernah melalui kemiskinan berkata, tidak semua orang susah suka meminta-minta. Seseorang hendaklah mempunyai rasa simpati dan lebih sensitif dalam berkata-kata.

Jelasnya lagi, rakyat sudah semestinya mahu keluar bekerja seperti biasa tanpa mengharapkan sebarang bantuan. Namun, keadaan semasa menyebabkan rakyat terpaksa akur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Semua Orang Miskin Meminta-Minta” – Bonda Rozita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.