Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Bapa Ayu Damit Meninggal Dunia Kerana Kanser Otak

Bapa kepada penyanyi Ayu Damit, Damit Osiri dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat kanser otak sekitar jam 2 petang semalam.

Berita duka itu dikongsi Ayu menerusi satu hantaran yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Maklum penyanyi lagi Hanya Di Mercu itu lagi, bapanya meninggal dunia ketika berada rumah iaitu Kota Kinabalu, Sabah.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham.

“Terima kasih kepada semua yang selama ini mendoakan bapa saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini, bapa telah pergi buat selamanya. Semoga bapa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.”

Terdahulu, Allahyarham Damit,72 telah dimasukkan ke Hospital queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas tidak sedarkan diri sekitar awal Mei yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Advertisement

Difahamkan juga Ayu sempat pulang ke Sabah seorang diri pada awal pagi semalam dan sempat berjumpa dengan bapanya sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Takziah diucapkan buat Ayu Damit sekeluarga.

BACA: Sudah Merebak Ke Paru-Paru, Bapa Ayu Damit Hidap Kanser Otak Tahap Empat

The post (TAKZIAH) Bapa Ayu Damit Meninggal Dunia Kerana Kanser Otak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.