Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Ibu Ozlynn Wati Meninggal Dunia

Pelakon Ozlynn Wati pada hari Selasa lalu ada berkongsikan sebuah berita duka di mana ibu kesayangannya, Rozidah Jumari telah meninggal dunia.

Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

BACA: Sumbang Susu Anak Dan Barang Dapur, Ozlynn Hulur Bantuan Pada Golongan Memerlukan

Dalam hantaran itu, Ozlyn turut berkongsikan beberapa foto kenangan bersama ibu tercinta dan ahli keluarganya yang lain ketika awal Ramadan lalu.

“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah Binti Jumari..beliau telah pun kembali ke rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah..”

Reda dengan pemergian ibunda tercinta, Ozlynn sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti bertanyakan khabar dan mendoakan yang terbaik untuk Allahyarhamah ibunya.

Advertisement

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan takziah di atas kehilangan ibu tersayang.

Salam takziah diucapkan buat Ozlynn dan keluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Ibu Ozlynn Wati Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.