Ads Top

Main Ad

Terpaksa Kunci Mulut, Fiza Halim Jelas Sebab Tak Jawab Tuduhan ‘Kaki Sondol’

Meskipun imej pelakon Fiza Halim tercalar dengan pelbagai tuduhan tidak menyenangkan iaitu ‘kaki sondol’ dan ‘mata duitan’, dia nampaknya masih belum berniat untuk membersihkan namanya itu.

BACA: Fiza Halim Buat Laporan Polis, Minta Netizen ‘Kaki Kecam’ Siap Sedia Disiasat

Advertisement

Mendiamkan diri seribu bahasa, Fiza seperti membuka ruang buat netizen untuk terus berkata-kata mengenai dirinya berdasarkan maklumat sebelah pihak.

Terbaru, pelakon drama Atas Nama Cinta itu tampil memberi kenayataan mengenai isu tersebut.

“Saya ingin memohon maaf kerana tak dapat nak beri sebarang kenyataan. Bukan berniat nak mengelak, tetapi saya terpaksa kunci mulut terlebih dahulu. Pihak polis tidak membenarkan saya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan kes ini masih dalam siasatan. Mereka masih siasat apa jua berlaku di IG baru-baru ini.”

Terdahulu, nama Fiza menjadi bualan ramai apabila ada seorang individu yang mendakwa bekas adik iparnya telah mendakwa pelakon itu sebagai pemusnah rumah tangga orang yakni abangnya sendiri.

Susulan daripada itu, Fiza kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara pada 7 Julai yang lalu.

Advertisement

Dia dalam pada itu akan berkongsi maklumat berhubung kes berkenaan dari semasa ke semasa.

Sekadar info, Fiza telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang berstatus duda dua anak iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Siti Aleena yang kini berusia tiga tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terpaksa Kunci Mulut, Fiza Halim Jelas Sebab Tak Jawab Tuduhan ‘Kaki Sondol’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.