Ads Top

Main Ad

Tiga Lori Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik Gara-Gara Tak Patuh SOP

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar melaporkan bahawa tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu telah diarahkan untuk berpatah balik kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, tiga buah lori berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa.

Advertisement

BACA: Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok, Jam 12 Tengah Hari

Zaiham BentongSumber : Google  

Menurut Zaiham, lori seberat tiga tan setiap satu itu membawa barang bantuan daripada pasukan misi kemanusiaan milik pendakwah terkenal, Ebit Lew menuju ke pantai timur dan ditahan dalam sekatan jalan raya di Bentong, Pahang, pagi tadi.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah bali kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut.”

Zailam yang dihubungi sebuah tabloid media turut memaklumkan bahawa pemandu ketiga-tiga buah lori berkenaan akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikenakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terdahulu, Ebit Lew menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada mengemaskini perkembangan mengenai bantuan kemanusiaan sebanyak 10 buah lori yang akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi menghantar keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tiga Lori Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik Gara-Gara Tak Patuh SOP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.