Ads Top

Main Ad

Tular Video Tak Senonoh Mirip Pendakwah Terkenal, PDRM Akan Keluar Kenyataan Tidak Lama Lagi

Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai video tidak senonoh yang dikatakan mirip pendakwah terkenal negara sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

BACA: Tular Video Tidak Senonoh, Ada Usaha Jatuhkan Ebit Lew?

Advertisement

Sehubungan dengan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ambil maklum dan akan meneliti dakwaan tersebut untuk diambil tindakan seterusnya.

LOGO PDRMSumber : Google  

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan yang dihubungi turut memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Terdahulu, media sosial khususnya Twitter hangat membincangkan mengenai video tersebut dan ada juga yang mengaitkan dengan beberapa orang yang telah menjadi mangsa seksual individu terkenal tersebut.

UNKNOWNSumber : Sumber  

Malah, ada juga beberapa pendakwah selebriti yang tampil memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini masih belum timbul penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tular Video Tak Senonoh Mirip Pendakwah Terkenal, PDRM Akan Keluar Kenyataan Tidak Lama Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.