Ads Top

Main Ad

“Ya, Saya Yang Suntik..” Peminat Teruja Wany Hasrita Beri Suntikan Vaksin Di PPV

Penyanyi lagu Belenggu Rindu, Wany Hasrita mengakui bahawa dia merupakan salah seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan turut menjadi petugas yang memberikan suntikan vaksin kepada penerima.

BACA: Pendapatan Terjejas Kerana COVID-19, Wany Hasrita Berjimat Cermat Dalam Berbelanja

Advertisement

Dia yang dihubungi media memaklumkan mengenai perkara itu setelah ada peminat yang memuat naik foto memaparkan dirinya sedang disuntik oleh Wany Hasrita.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Peminat yang nyata teruja mengenai kredibiliti Wany yang tidak melakukan tugas am seperti sukarelawan berdaftar yang lain.

“Ahad lepas (11 Julai) saya berpeluang menyertai sebagai sukarelawan umum, saya juga ditugaskan untuk membantu petugas-petugas kesihatan lain yang memberikan suntikan buat penerima memandangkan saya mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).”

Advertisement

Meskipun kekok pada permulaan kerana sudah lama meninggalkan dan tidak mempraktikkan perkara tersebut, Wany menyifatkan kepercayaan dan peluang sedemikian sebagai satu penghargaan buat dirinya dalam membantu para petugas barisan hadapan untuk mengekang penularan COVID-19 di Malaysia.

Wany HasritaSumber : Instagram Wany Hasrita  

Jelasnya lagi, dia sudah memperbaharui lesen Pembantu Perubatan yang dimiliknya sebelum ini sekaligus menjadikan dia bertauliah untuk melakukan proses suntikan vaksin tersebut.

Malah, katanya lagi, dia kini berasa berkobar-kobar untuk sentiasa memperbaharui lesen sebagai Pembantu Perubatan yang sudah lama ditinggalkannya itu.

Sekadar info, antara selebriti lain yang turut serta menjadi sukarelawan di PPV adalah seperti Isma Yusoof, Fizo Omar, Nazim Othman, Sherry Alhadad, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ya, Saya Yang Suntik..” Peminat Teruja Wany Hasrita Beri Suntikan Vaksin Di PPV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.