Ads Top

Main Ad

“2 Tahun Penjara Atau Denda..” – Peguam Azwan Ali Ulas Isu Saman Fitnah

Baru-baru ini, kontroversi yang sedang berlaku diantara pengacara, Azwan Ali dan pelakon, Rozita Che Wan semakin hari, semakin panas sehingga ia telah melibatkan kes polis.

Advertisement

Peguam yang dilantik oleh Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA telah membuat penerangan secara ringkas mengenai konflik yang tercetus diantara pengacara dan pelakon ini.

Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh Diva AA di Instagram semalam, Azfar dari Firma guaman Shaharudinali Azfarazmi & Co menasihati orang ramai agar menjaga tutur kata dan pernyataan yang boleh mengundang fitnah.

Barangsiapa yang menuturkan, menerbitkan kata-kata tohmahan dan fitnah, hukumannya di bawah Seksyen 500 akta yang sama kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali.

IG Azwan Ali

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, ketika dihubungi oleh pihak Gempak, peguam Azfar berkata beliau tidak boleh mengulas secara lanjut mengenai kes ini kerana bimbang akan mengganggu siasatan PDRM.

Pengacara terkenal itu turut berharap agar pihak berkuasa dapat membuat keputusan yang terbaik agar dia mendapat keadilan yang sewajarnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “2 Tahun Penjara Atau Denda..” – Peguam Azwan Ali Ulas Isu Saman Fitnah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.