Ads Top

Main Ad

779 Tenaga Pengajar Tolak Vaksin, TMJ Mahu Bertemu Guru-Guru Terlibat

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim memaklumkan bahawa akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor serta para pendidik yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Advertisement

Perkara tersebut dititahkan TMJ menerusi sebuah twit di halaman Twitternya di mana pertemuan itu diadakan bertujuan untuk mencari penyelesaian isu tersebut dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Berjanji akan menyelesaikan perkara tersebut secara berhemah, TMJ berkata keutamaan pemimpin pada ketika ini adalah untuk memulihkan kembali keadaan agar setiap rakyat boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Twit tersebut muncul sementelah seorang netizen berkongsikan laporan media tersebut dan ‘tag’ TMJ di laman Twitter sekaligus mengundang respon daripada Tunku Ismail Ibrahim.

Terdahulu, Pengerusi Pendidikian, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang melaporkan bahawa kira-kira 779 jumlah guru di negeri itu menolak untuk menerim suntikan vaksin COVID-19.

Menjengah ruangan komen di laman Twitter, rata-rata netizen menyambut baik dan menyokong titah daripada TMJ itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post 779 Tenaga Pengajar Tolak Vaksin, TMJ Mahu Bertemu Guru-Guru Terlibat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.