Ads Top

Main Ad

Aktif Menari Di TikTok Meski Umur Lanjut, Didie Alias Anggap Ia Terapi

Meskipun usianya kini mencecah separuh abad, gelagat serta kelincahan pelakon dan juga pengacara Didie Alias ini beraksi di TikTok pastinya mencuri perhatian peminat.

Advertisement

Didie yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-48 pada hari Selasa lalu berkata, apa yang dilakukannya itu hanyalah satu terapi untuk kekal sihat dan aktif sentiasa.

View this post on Instagram

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Ujarnya lagi, dia bukanlah seorang yang boleh ‘duduk saja’ tanpa berbuat apa kerana dirinya akan mudah jatuh sakit jika tidak bergiat aktif.

Lagipun pergerakan yang dilakukan adalah satu senaman. Jangan fikir umur semakin meningkat kita akan melalui zama tua saja, tapi kena juga pastikan diri sentiasa sihat. Saya rajin berlari atas threadmill, berbasikal dan mengamalkan makanan kesihatan.

Kata Didie, dia tidak lepas daripada kritikan serta kutukan netizen berikutan kelincahan dia beraksi di TikTok namun enggan terlalu mengambil pusing mengenai perkara itu.

View this post on Instagram

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Advertisement

Tambahnya, dia sudah pun memaafkan mana-mana individu sekiranya mereka ada mengutuk dirinya selama ini.

“Saya tak kacau hidup orang dan saya sudah maafkan mereka yang ada berkata yang tidak baik selama ini.” jelas Didie Alias.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Aktif Menari Di TikTok Meski Umur Lanjut, Didie Alias Anggap Ia Terapi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.