Ads Top

Main Ad

“Allah Lebih Sayangkan Umi” – Ibu Syamel Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi terkenal, Syamel telah meninggal dunia pada jam 10 malam semalam dan perkara ini disampaikan sendiri olehnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

 
Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi, kau jadikanlah kuburnya seperti taman-taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya didunia untuk jadikan teman di alam sana.

Menurut laporan mStar, Syamel redha dengan pemergian ibunya dan mengatakan yang doktor sudah cuba sehabis baik tetapi Allah lebih menyayanginya.

Advertisement

Syamel
Suami kepada penyanyi, Ernie Zakri itu juga memaklumkan kepada mStar bahawa dia sedang menguruskan jenazah di hospital yang akan di bawa ke surau berdekatan rumahnya.

Sebelum ini, ibu Syamel koma dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta.

Takziah buat Syamel atas pemergian insan yang tersayang. Semoga tabah ya, Al-Fatihah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Allah Lebih Sayangkan Umi” – Ibu Syamel Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.