Ads Top

Main Ad

Asal Johor Dan 40-an, Nama Joey Daud Pula Disebut-Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia

Susulan kes pemerdagangan manusia untuk kegiatan eksploitasi seks melibatkan pelawak terkenal, nama Joey Daud pula menjadi sasaran hanya disebabkan oleh umurnya yang berusia 40-an dan alamat tempat asal Joey yang berasal dari Johor.

Advertisement

Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud itu, namanya menjadi tekaan netizen kerana sepadan dengan info suspek bergelar pelawak tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Joey Daud (@joey_daud)

Namun begitu, Joey enggan mengambil serius dengan perkara tersebut selagi tidak menjatuhkan maruahnya sebagai seorang manusia.

Memang terima banyak DM tanya saya ke pelawak yang dikatakan itu, tapi saya hanya baca dan senyum saja..selagi ia tidak menjatuhkan maruah, saya takkan balass. Aanak saya pun ada hubungi bertanyakan perkara itu sebab dia risau. Apabila nama saya kena petik, saya rassa macam kelakar dan tak perlu melenting pun. Mulut orang kita tak boleh tutup.

Dia dalam pada itu sempat berseloroh apabila namanya kerap disebut-sebut sekurangya masih ada yang mengingati dirinya dalam industri.

View this post on Instagram

A post shared by Joey Daud (@joey_daud)

Advertisement

Manakala isterinya, pelakon Watie Sadali juga mengakui dirinya ada menerima pertanyaan berhubung perkara tersebut dan agak terkesan apabila dituduh sedemikian rupa.

“Muka dia nampak saja keras tapi masih boleh berfikir waras. Hanya sebab Joey pernah jadi naib juara, usia 40-an dan berasal dari Johor, orang petik nama dia. Ramai pelawak kena tempias.” ujar Watie mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Asal Johor Dan 40-an, Nama Joey Daud Pula Disebut-Sebut Netizen Kes Pemerdagangan Manusia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.