Ads Top

Main Ad

Baling Botol Kena Kepala, Ryzal Ibrahim Dikecam Netizen Bergurau Kasar Dengan Maryam

Pasangan selebriti media sosial Instagram yang berasal daripada Korea Selatan, Maryam You Narae sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila suami wanita itu, Ryzal Ibrahim didakwa telah bergurau kasar dan melampau.

Advertisement

Video berdurasi 10 saat itu menimbulkan kemarahan warga maya dan peminat pasangan ini apabila Ryzal dilihat cuba bergurau dengan membaling botol ke atas kepala Maryam.

Reaksi Maryam yang kelihatan terkejut itu telah membuatkan peminat risau memandangkan wanita itu kini sedang sarat hamil.

“Tak kelakar, pertama sebab kelakar, kedua dia adalah isteri awak. Nak bergurau pun ada batas dan isteri awak sedang mengandung.” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Namun begitu, Maryam kemudian memberi respon kepada keberangan peminat apabila mengatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang serius dan hanyalah sekadar gurauan antara suami isteri.

Saya sangat okay. Kalau tak okay saya tak post video ini. Terima kasih.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya pertama setelah dua tahun berumah tangga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Baling Botol Kena Kepala, Ryzal Ibrahim Dikecam Netizen Bergurau Kasar Dengan Maryam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.