Ads Top

Main Ad

Bersedia Untuk Padam Media Sosial Jika Haram, Izara Aishah Tanya Pendapat Ustazah

Pelakon jelita Izara Aishah yang sebelum ini telah memulakan langkah penghijrahan ada bertanyakan soalan kepada seorang ustazah mengenai persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.

Advertisement

Jelas Izara, dia bersedia untuk memadam kesemua foto dan juga akaun media sosial miliknya jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

Izara AishahSumber : Twitter Izara Aishah  

Walau bagaimanapun, setelah mendapat jawapan daripada seorang ustazah, tindakan memuat naik foto ke laman sosial tidaklah haram namun haruslah berpada-pada.

Saya merasakan ini terlalu ekstrim. Tetapi kalau ada dalam Al-Quran, Insya-Allah saya akan berhenti (berkongsi foto) kerana saya sudah lama tidak mengambil peduli akan media sosial.

Terdahulu, Izara memaklumkan bahawa ada beberapa orang tampil memberitahu bahawa berkongsi foto diri sendiri di laman sosial hukumnnya adalah haram.

Advertisement

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan terima kasih kerana berkongsikan mengenai ilmu hukum berkongsi foto diri sendiri di media sosial.

Malah, peminat turut mendoakan agar Izara Aishah terus kekal istiqamah dengan penampilannya yang terbaharu itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bersedia Untuk Padam Media Sosial Jika Haram, Izara Aishah Tanya Pendapat Ustazah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.