Ads Top

Main Ad

Buat Ulasan Produk Besarkan Aset, Raja Afiq Mohon Maaf Gara-Gara Dikecam Netizen

Gara-gara memuat naik ulasan produk besarkan payudara di Instagram, pelakon Raja Afiq hebat dikecam netizen yang menganggap pelakon itu tidak sensitif dan keterlaluan.

Enggan berdiam diri, Raja Afiq bertindak memadam hantaran tersebut dan memulangkan semula wang bayaran yang diterimanya untuk melakukan reviu tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by RA (@rajaafiqqofficial)

Ujar Afiq lagi, dia memahami jika ada yang tidak senang hati dengan hantaran tersebut dan memohon maaf menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Advertisement
IG Story Raja AfiqSumber : Instagram Raja Afiq  

Minta maaf fasal posting tadi sebab keterlaluan. Yang urus semua itu PA (pembantu peribadi) saya dan sekarang saya dah padam posting, duit review pun dah dipulangkan.

Tambahnya lagi, bukan dirinya sahaja menerima kecaman namun isteri, penyanyi Soffwany Yusoff turut menerima nasib yang sama.

“Yang buat saya marah apabila orang sibuk serang IG isteri saya dengan ayat yang kasar. Saya dah senyap kau saja nak bakar bagi panas, dah tak ada kerja ke.” tulisnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Buat Ulasan Produk Besarkan Aset, Raja Afiq Mohon Maaf Gara-Gara Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.