Ads Top

Main Ad

“Bukan Macam Beli Pisang Goreng!” Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui dirinya tertekan apabila rumah yang ingin dijualnya dengan harga RM6 juta masih belum terjual.

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan Aliff menerusi sebuah hantaran Instagramnya, baru-baru ini.

Kata usahawan itu, rumah yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu dipasarkan dengan harga lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM6.5 juta.

Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba, saya jer duduk sini. Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta. Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim COVID-19 nak shopping semua tutup kedai.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga pengikut media sosial Aliff Syukri bersetuju bahawa situasi pandemik menjadi punca jualan aset seperti rumah kediaman semakin tidak mendapat sambutan.

Harga RM6 juta juga bukannya sedikit, mungkin akan mengambil masa sedikit. Sabar ya Datuk Aliff.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bukan Macam Beli Pisang Goreng!” Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.