Ads Top

Main Ad

Bukan Sari Yanti Mahupun Syatilla, Shuib Sudah Pilih Ibu Susuan Ayash Affan

Shuib Sepahtu yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah akhirnya telah nekad memilih ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan di mana wanita tersebut terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.

Ujar Shuib, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan ahli keluarganya, baru-baru ini.

Advertisement

Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdullilah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan. Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga.

Dia dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan artis yang turut membantunya dalam mencari ibu susuan Ayash.

Terdahulu, Syatilla Melvin ada menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan serta peminat turut mencadangkan pelakon Sari Yanti.

Advertisement

Jelas Shuib lagi, bukan sahaja Syatilla namun beberapa rakan artis wanita yang tidak disebut nama turut ingin membantu.

Pada 9 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen ketika melawan sakit COVID-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bukan Sari Yanti Mahupun Syatilla, Shuib Sudah Pilih Ibu Susuan Ayash Affan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.