Ads Top

Main Ad

“Dah Teruja Nak Balik..” Tak Lengkap Dokumen, Pembantu Rumah Puteri Sarah Tidak Dibenarkan Pulang

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa apabila perjalanan pulang pembantu rumahnya terbantut apabila dia ditahan dan tidak dibenarkan pulang kerana tidak lengkap dokumen yang diperlukan.

Advertisement

Difahamkan bahawa meskipun sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19, pembantu rumah Puteri Sarah perlu melakukan ujian calitan PCR (Polymerese Chain Reaction) dan bukannya RTK (Rapid Test Kit).

Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu di Instagram miliknya baru-baru ini.

Hantar maid pergi airport sebab dia nak balik kampung. Semua dah siap. Swab test, 2 doses completed, permit still hidup. Maid berkobar-kobar nak balik. Sampai airport, maaf puan, kena buat PCR, RTK tidak diterima.

Menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran, Puteri Sarah sempat menasihati mereka di luar sana agar melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum menghantar sesiapa ke luar negara.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, dan Sumayyah, 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dah Teruja Nak Balik..” Tak Lengkap Dokumen, Pembantu Rumah Puteri Sarah Tidak Dibenarkan Pulang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.