Ads Top

Main Ad

Datuk Seri Ismail Sabri Jadi PM Ke-9, Nama Dafi Mula Jadi Perhatian

Perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 nampaknya telah menjadikan nama penyanyi Dafi mula menjadi perhatian.

Advertisement

Bapa Dafi, itulah kata-kata yang bermain di mulut netizen apabila DS Ismail telah diangkat menjadi pemimpin Malaysia pada petang tadi.

Akui berasa bangga dengan perlantikan itu, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail yakin bahawa bapanya itu mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.

Ujar penyanyi yang terkenal dengan tagline ‘baik punya’ itu lagi, dia melihat kejayaan bapanya itu adalah hasil usaha kerja dan usaha yang bermula daripada bawah.

Advertisement

Secara peribadi, saya melihat dia seorang yang bekerja keras. Kejayaan beliau sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah. Sejujurnya, hanya saya dan keluarga saya saja tahu betapa dia seorang yang bapa yang terbaik. Begitu juga apabila menjadi seorang pemimpin..dia inginkan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah.

Dafi yang dihubungi media turut memaklumkan bahawa dia sudah lama mempersiapkan diri untuk berdepan dengan sebarang kritikan dan juga kecaman.

Namun jelasnya lagi, dia hanya mahu sentiasa berfikiran positif seperti mana yang diajar bapanya itu sejak kecil.

Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Datuk Seri Mahiaddin Yassin yang meletakkan jawatan pada Isnin lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Datuk Seri Ismail Sabri Jadi PM Ke-9, Nama Dafi Mula Jadi Perhatian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.