Ads Top

Main Ad

Digelar ‘Bimbo’, Suami Lana Nodin Arah Peguam Hantar Surat Tuntutan Pada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah terkenal, Michael Ang kerana didakwa mengeluarkan pernyataan salah terhadap isterinya.

Advertisement

Menurut David, surat tuntutan yang bakal diterima oleh Michael tersebut adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’ yang berlaku sekarang ini.

Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain.

Tambahnya lagi ketika ditemubual oleh Harian Metro, dia berasa kesal apabila pengarah tersebut bertindak untuk melabel isterinya seseorang yang tidak menyokong para petugas barisan hadapan dan ‘bimbo’.

Advertisement

Lana Nodin dan keluarganya

Sedia maklum, terdahulu Lana Nodin telah menempelak Michael Ang menerusi perkongsian di Instagram apabila pengarah drama Marry Me Senorita itu masuk campur di atas kenyataan yang dibuat olehnya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Digelar ‘Bimbo’, Suami Lana Nodin Arah Peguam Hantar Surat Tuntutan Pada Michael Ang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.