Ads Top

Main Ad

Disertai Shuib, Allahyarham Siti Sarah Selesai Dikebumikan

Pagi ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah Raissuddin akibat komplikasi COVID-19.

Advertisement

Ditidurkan selepas paras oksigen rendah, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 5.13 pagi tadi. Berita ini dikongsikan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu entri di Instagram.

Terbaru, Allahyarham Siti Sarah sudah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang pergi menghadap Ilahi pada 26 Jun 2013 kerana komplikasi pelbagai penyakit.

pengebumian siti sarahSumber : Berita Harian  

Disertai oleh Shuib sendiri dengan menyarungkan peralatan perlindungan diri (PPE), proses pengebumian dilakukan oleh petugas lain serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed Raissuddin.

Sekadar pengetahuan, Siti Sarah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Advertisement

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit foto utama: Malaysia Post

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Disertai Shuib, Allahyarham Siti Sarah Selesai Dikebumikan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.