Ads Top

Main Ad

Dituduh Suap Makanan Pantang Tidak Halal Pada Isteri, Nazrief Nazri Bengang, Akui Masih Waras

Pelakon Nazrief Nazri meluahkan rasa berang apabila ditanyakan soalan tidak masuk akal oleh seorang individu berkaitan makanan pantang yang disediakan buat isterinya, sama ada halal atau tidak.

Advertisement

Ujar Nazrief, dirinya masih waras dan tahu membezakan halal dan haram sumber makanan yang diberikan kepada isterinya yang kini sedang berpantang.

Tambah pelakon drama Bidadari Salju ini lagi, seseorang itu haruslah berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan komen di media sosial.

Kalau ikutkan saya jarang nak sembur netizen tapi apabila ada orang yang tak sensitif komen macam tu..memang geram la! Ya mungkin dia sekadar nak tanya tapi soalan macam tu boleh fikir logik kot. Takkanlah saya tak tahu hukum sampai sanggup nak bagi isteri makanan tak halal. Fikirlah dulu sebelum nak komen.

Terdahulu, Nazrief ada berkongsi sebuah video yang memaparkan isterinya, Aizatul Aqma yang kini berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak yang terletak di Petaling Jaya, Selangor di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Namun, ada pengguna media sosial mempersoalkan mengenai status halal makanan yang disediakan oleh pusat penjagaan tersebut.

Sekadar info, Nazrief dan Aizatul telah menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 bertempat di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dituduh Suap Makanan Pantang Tidak Halal Pada Isteri, Nazrief Nazri Bengang, Akui Masih Waras first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.